My life....^_^....

Thursday, March 22, 2012

Selendang oh Selendang

Assalamualaikum

Baca situasi ni:
“Kakanda (panggilan manja untuk boyfriend beliau), adinda nampak cantik tak hari ni?” Sambil kelip-kelipkan mata ala-ala kucing betina gatal yang nak mengawan.

“Ya. Adinda nampak berbeza gilerr hari ni. Muka adinda sebijik macam…” Pegang dagu sambil berfikir panjang ala-ala Detective Conan ketika menyelesaikan kes pembunuhan.

“Macam Angelina Jolie versi bertudung kan?Hiks…hiks…ramai yang cakap muka adinda macam dia.” Tertunduk malu dengan muka merah padam macam punggung baboon.

“Macam buah kelapa kat tepi longkang rumah kawan nenek kakanda. Apsal muka adinda bulat sangat hari ni? Baru lepas buat pembedahan plastik ke?”

“Kakanda ni melampau betul! Buang masa jer adinda belit-belit selendang hari ni semata-mata nak nampak cantik untuk date kita hari ni. Grrr…” bertukar menjadi shrek sebab terlampau marah.

TAMAT

Ok. Pernah tak situasi macam ni berlaku kat korang? Bukan main lagi lilit-lilit selendang supaya nampak cantik tapi in the end, kawan, boyfriend atau family members korang kutuk cakap selendang tu tak sesuai untuk korang la, muka korang nampak panjang la, nampak petak la dan sebagainya. Grrr…rasa macam nak bertukar menjadi Ultraman Dyna dan smackdown jer orang tu ala-ala The Rock. Kan?Kan? Kan?

So, hari ini aku nak kasi tahu tips pemilihan selendang yang sesuai dengan bentuk wajah.

Bentuk muka dan Pemilihan Selendang:

1) Bentuk muka oval

Tak tahu bentuk oval macammana? Kat sekolah cikgu takder ajar ke? *buat muka marah sambil angkat satu kening ala-ala ziana zain*



Ha…macam ni lah bentuk muka oval. Kalau tak faham lagi, sila jumpa pakar psikologi sebab anda adalah spesis slow learner.

Bentuk oval ni biasanya orang panggil bujur sireh. Orang yang memiliki bentuk muka ni bebas nak pilih mana-mana gaya berselendang. Ok, jangan jeles! Kalau yang hantu selendang tu, korang boleh jer pakai apa-apa jenis selendang. Pahtu, boleh pilih sama ada nak pakai anak tudung atau tak.

2) Bentuk muka petak atau kotak

Korang semua tahu kan macammana bentuk kotak? Bentuk muka petak ni samalah dengan bentuk kotak iaitu bentuk empat segi.



Ha…macam ni lah muka bentuk petak!

Kalau bentuk muka korang camni, make sure bila pakai pakai selendang tu, letak anak tudung sekali supaya muka nampak lagi panjang. Pastikan juga anak tudung tu tutup tulang rahang korang. Elakkan pakai selendang stail Bienda sebab stail camni takleh nak sembunyikan tulang rahang korang yang lebar. Hiks…hiks…hiks…kepada tauke yang jual selendang Bienda tu, jangan datang cari aku pulak kalau selendang korang tak laku. Bukan salah aku! *buat muka innocent lagi comel*

3) Bentuk muka panjang

Orang yang punya bentuk muka camni biasanya berdahi luas dan panjang.



Ni contoh bentuk muka panjang

Ha…kalau korang nak pakai selendang, pastikan anak tudung yang korang pakai tu diletakkan ke bawah sedikit sampai menutupi separuh daripada dahi korang. Barulah nampak macam bentuk oval sikit. Tapi yang bestnya, korang boleh gayakan apa-apa jenis tudung jer.

4) Bentuk muka segitiga



Macam nilah bentuk muka segitiga

Kalau korang ni punya bentuk muka macam ni, biasanya dagu korang mesti panjang. Try check…try check…betul ke tak? Kalau time nak pakai selendang tu, make sure korang tarik selendang tu sejauh mungkin ke belakang dan bertemu tengkuk supaya rahang pipi korang nampak terbuka. Eh, tapi jangan la tarik ke belakang sangat nanti kang tercekik kang takder orang nak tolong pulak. Pahtu, korang sesuai guna gaya selendang yang melibatkan pintalan atau gaya sanggul so that rahang pipi korang nampak terbuka sikit.

5) Bentuk muka bulat

Kalau korang silap pilih gaya selendang, nanti muka korang Nampak kembung macam bola tau.



Ni contoh bentuk muka bulat

Ha…bila nak pakai selendang tu pastikan korang pilih selendang daripada fabric yang nipis so that ukuran muka korang tidak bertambah. Tapi, sebelum pakai selendang tu, jangan lupa pulak pakai anak tudung. Tapi elakkan pakai anak tudung yang stail ketat yang melekat kat kepala dan tutup dahi korang sebab nanti muka korang nampak lagi bulat dan tembam. No!!!

ok.bye